Thursday, February 24, 2011

teringat kat arwah cousin

salam rindu utk pembaca blog ni
erm entri ni agak sedih skt bg aku bila aku baca blog kakak
arwah ni dan aku rasa nak share ngn korg
menurut cerita kakak arwah ( aku just copy):

okayy entri kali neyh agak sedih
nad nak cerita sikit pasal arwah adik nad 
yang dah pergi buat selamanya.
sebenarnya sejak akhir2 ni
nad rasa rindu sangat dekat dia:(
and since nad ingat pasal dia mesti nanges.

arwah adik nad nama dia MUHAMMAD IZZAT BIN ISHAK.
nad ingat lagi tarikh lahir dia pada 1 september 1995.
tak jauh pun dari nad.
kitorang lahir bulan yang sama:)

actually arwah adik nad meninggal sebab kanser
mesti korang nak tahu kanser ape kan?
yahh KANSER LYMPHOMA.
nad nak cerita pasal kanser ni pun x tahu sgt
tapi yang penting kanser ni boleh attack mana2
part of our body lahh.

masa first dapat detect adik nad ni sakit sebenarnya
sebab hanya kerana sakit perut.yaa.
dah mcm2 klinik pergi tapi ubat semua tak jalan.
and lastlyy ayah suruh cek kat hospital.
lepas tuh adik nad terus kena tahan masuk wad
sebab dapat tahu usus kecil dia termasuk kat usus besar.
masa tuh pukul satu pagi..nad ingat lagi.
ramai gilaa orang kat hospital sultanah aminah tuh.
lepas adik nad selamat buat pembedahan..dia actingg like a normal person.
tapi after a weeks,doctor call ayah suruh dtg hospital.
okayy lah kan ayah dtg..
doctor tu suruh adik nad duduk sebelah ayah berdepan dgn dia.
andd doctor tu bagitau yang adik nad ada kanser hasil daripada
check up kat usus yang kena potong tu:(
ayah nad nanges sangat masa tu.tapi adik nad senyum and terus
tepon membe2 rapat dia bgtw yang dia ada kanser.

haishhhh=.='
okayy nad x nak cerita panjang2 nanti nad nages teruk.huu
adik nad nad ni x nak buat rawatn kimoterapi.
dia suruh ibu n ayah buat rawatan kampong.
tapi lepas bulan2 sakit dia makin teruk.
sampai ada sekali tuh masa kitorang pergi balik kampung
adik nad cakar2 cermin keta and badan dia smpai jadi warna kuning
perut arwah adik nad keluar mcm bola pingpong bulat2.
haishh sumpah tak sanggup tengok dia sakit.

ayah pujuk dia suruh buat kimo..seminggu ayah pujuk.
then hati dia lembut jugak.
ayah belikan dia psp buat peneman masa duduk hospital.
yahh psp tu sekarang dah jadi milik nad.nad sygg sgt psp tuh
sebab tak banyak barang arwah adik nad yang tinggal.

lepas buat rawatan kimo.arwah memang sgt ceria
sihat..gemuk sebab hari2 ibu hantar MCD,KFC kat hospital.
lepastuh asyik merayap pergi CS.*CITY SQURE
memang orang pun tak sangka dia tu sakit.
cuma adik nad pakai snow cap lahh
nak kalis dia tak de rambut.
yang paling tak leh lupa dia suruh nad lukiskan kening dia
sebab kening dia gugur.huu mcm nak rak nad lukiskan.

tapi lepas rawatn kimo ke-5 adik nad lemah..
masa tuh dah nak rayaa..sebulan sebelum raya.
arwah nak beli barang semua kale putih.nad pun tak faham.
dia ckp kat ibu dia nak baju raya warna cerah2 tahun ni.
seminggu sebelum raya adik nad teruk sgt.
badan dia mengelupas lidah pecah i can't imagine cz i will cry:'(
dia tak boleh bercakap walaupun one word.
dia suruh ibu belikan lampin sebab dia tak nak susahkan ibu 
nak angkat dia pergi toilet.
masa tu ibu ngan ayah bergilir jaga dia kat hospital
nad byk duduk rumah sebab jaga adik nad lagi sorang yang kecik.
dia pesan kat ayah suruh cari anak angkat ganti dia.huu
tapi masa tuh kitorang tak ambil kisah sgt sebab tak tahu pun yg dia nak pergi

masa malam raya ibu mohon buat surat kat doctor nak bawak adik balik
yelahh sape nak raya kat hospital kan?
masa pagi2 raya ibu pakaikan dia baju melayu kale coklat
tapi arwah adik nad tak nak..dia nak kale cerah.
ibu pun lupa masa tuh yg dia memang nak baju kale cerah.
dia mintak bawak dia balik kampung.
and dia mintak nak makan rendangg,howw sad.
lidah dia dah pecah and always keluar darah.
ibu calitkan sikit kuah rendang bagi dia rasa.
memang raya masa tuh nad nanges jaa.
takde erti nya raya.

and ikut procedure adik nad kena masuk wad balik.
tapi adik nad pesan kat ibu
"ibu..kali ni seminggu ibu kena jaga izzat kat hospital"
yahh pesanan tu sebenarnya
nak bagitau yang dia dah nak pergi pun.
masa 26hb september adik nad koma 
dan ada 1% jaa degupan jantung
itupun doctor cakap sebab bantuan mesin
atas nasihat doctor islam kat situ
dia suruh ibu lepaskan adik dengan redha..
tepat jam 12.45 adik nad menghebus nafas terakhir.
27hb september.
nad tak boleh lupa tarikh tu sebab masa tu hari jadi nad.

arwah adik nad selamat dikebumikan dekat
tanah perkuburan kangkar pulai.

he is my greatest brother ever.
he never be replaced.
hope you rest in peace.
AL-FATIHAH
 
 
time aku dpt berita ni masa tu aku kat umah yg mane makcik aku call 
kata anak die dah nazak
so ayah aku suruh siap2 kemas baju ajak balik Johor
dipendekkan cerita ayah aku terkilan
sbb masa tu otw dah 
masuk kwsn Johor pun,mak cik aku call kata arwah dah x de
aku ingt lg time tu aku yg drive
menggigil oii..
sbg last penghormatan ayah aku uruskan semua urusan
jenazah dr hospital lg smpi la selamat dikebumikan.
smoga arwah dicucuri rahmat

6 comments:

Arif said...

Semoga ditempatkan dikalangan orng yg beriman...amin

atiqah ehsan said...

aminn..

Anonymous said...

hidup mati di tangan Allah ... semoga kalian tabah hidup di dunia ini ...

atiqah ehsan said...

anonymous : yes agree ..hdp mati di tgn Allah..

Niza kauthar said...

innalillahiwainnailaihirajiun....sedih bace kisah ni....semoga izzat di tempatkan di kalangan org2 yg beriman...amin...

atiqah ehsan said...

amin..