salam rindu kepada semua.....
dah lama aku tak update blog aku disebabkan kesibukan diri yg melanda (aku tak tau aku yg meyibukkannya atau mmg lumrahnya begitu)......ni pun aku curi masa utk menaip di sini sekadar luahan perasaan diri ini.......erm,btw minggu depan (3/9/2010) aku akan balik kerumah sempena cuti mid sem sekaligus cuti hari raya bak kata kwn package 2 in 1.....memang aku seronok bila fikirkan balik dan sekarang dlm kepala aku hanya ingat rumah,rumah dan RUMAH !!...dalam keseronokan tu terselit kesusahan hatiku...sebab:
1) sebelum cuti raya aku kena hantar projek FINANCIAL ACCOUNTING yg mana projek kena buat dgn partner masing2 tapi aku tak rasa pun cam tu sebab partner aku buat tak tau je dengan projek ni....tak pela,mungkin keadaan ni boleh mengajar aku erti kesusahan tanpa sokongan yg aku harapkan.....benar kata pensyarah aku dulu (en.azman),belajar di universiti mmg banyak asam garam pahit manis kehidupan....nak kata satu permulaan hidup baru pun tak juga sebab aku mula pusat pendidikan sejak umur 5 tahun lagi....sekarang umur aku dah 19 tahun.....(aku cuba utk berfikir mesti ada hikmah keadaan ini)
2) sebelum cuti raya ni juga ada dua subjek yang aku perlu lalui midterm exam......mesti dan wajib ulangkaji sebab walaupun midterm tapi markah yg diambil bayak...kalau gagal yg ni mmg byk markah akan hilang....lagi satu,keputusannya nanti akan dipaparkan di pusat pengajian.....aku tak nak tgk keputusan aku teruk disebabkan sikap aku sendiri.....aku cuba urus masa sebaik mungkin...
3) cerita lepas raya nanti,ada dua lagi subjek utk midterm exam......dlm masa yg sama juga 4 projek kena hantar......memang MENCABAR......abis cuti raya je dah 19/9/2010 dan byk lagi benda yg aku kena setlekan....bulan 11 dah final exam.....disebabkan perkara ni,tabiat aku dari dulu lagi memang tak suka ingat hari dan tarikh bila cuti...sebab aku ingin susah dahulu dan senang kemudian...sampaikan cuti raya ni pun aku tak tau bila.....ni pun kawan aku yg ingatkan...
persoalannya sekarang,MAMPUKAH AKU MENGHADAPI SEMUA INI?????
nota: aku cuba menggagahkan diri utk mengharungi liku-liku kehidupan demi cita-cita dan masa depan ku juga.....tak lupa utk family terutamanya ibu ayah aku,kawan2 dan org yg byk membantu aku....dan aku tak pernah lupa yg aku ada tuhan iaitu ALLAH yg maha esa yg dah atur kehidupan semua manusia....
No comments:
Post a Comment