Friday, August 6, 2010

aku sedang belajar...

assalammualaikum dan salam rindu utk semua...


dekat seminggu juga aku tak update blog aku ni.....disebabkan kekangan masa tidak memberi peluang aku untuk  menaip di blog aku ni.....dengan assignment yg asyik menanti aku dgn sabarnye....tapi semua ini adalah lumrah hidup sebagai seorang pelajar universiti yg sedang belajar,belajar dan belajar.....


pada aku,belajar tidak hanya tertumpu pada akademik shj tetapi daripada pelbagai aspek....apa yg aku maksudkan tajuk entri aku ni adalah AKU SEDANG BELAJAR ERTI KEMATANGAN.....sebut je matang mesti org fikirkan sikap atau perangai seseorang......tapi bagi aku TIDAK !!....memang aku tak boleh nafikan kata2 cikgu2 dan pensyarah2 ku dulu,"diluar byk cabaran,siapa yg tak pandai bawa diri akan hanyut digelombang sosial".....aku akan ingat kata2 tu..dulu aku seakan tak percaya kata2 itu mungkin masa tu pemikiran aku tidak matang lagi utk memahami apa erti kehidupan di universiti.....sekarang baru aku faham sendiri semua tu dan MEMANG AKU TAK BOLEH NAFIKAN lagi kata2 mereka....kehidupan kat U memang sgt bebas,tak de siapa yg boleh halang apa yg kita nak buat....apa yg blh aku simpulkan baik buruknye perkara itu hanya diri sendiri yg blh nilai...


maka dengan itu,aku memohon kepada mu YA ALLAH, berilah aku ruang dan peluang untuk aku memperbaiki dan mempelajari apa yg sedang aku pelajari sekarang ini demi kebaikan diriku di dunia dan di akhirat...

nota: entri tidak berkait dengan sesiapa dan hanyalah untuk peringatan aku dan rakan2 yang lain...

1 comment:

Anonymous said...

hidup ini byk dugaan & cabaran..semakin kita dewasa semakin kita perlu pikul tanggungjawab yg diamanahkan kpd kita. jln yg benar hanya 1 lurus memanjang tetapi jauh perjalanan..jln yg menjauhi Tuhan byk cabang, dekat dan senang dilalui..anda pilih.